Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 2 November 2010

Berkahwin Di Siam (Thailand)

Ramai yang bertanya, apakah hukum berkahwin di sempadan? So, mari kita tengok jawapnnya..

Kahwin lari Di Selatan Thailand

Soalan : Apakah hukum ‘kahwin lari’ di Selatan Thailand?

Jawapan : Hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat

a) Pernikahan itu mengikut rukun nikah

b) Pernikahan itu melebihi dua marhalah

c) Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin

d) Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana dia ditauliahkan sebagai wali hakim.

RUJUKAN : Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 52 Bertarikh 1 Julai 2002

Tiada ulasan:

Catat Ulasan