Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 2 November 2010

Bagaimana caranya

Mudah shaje...jgn risau...keperluan yg perlu dibawa hanyalah

  • Pasport Antarabangsa.
Setiap pasangan perlu mempunyai pasport yang sah. Pasport boleh dibuat di pejabat imigresen dan siap dalam tempoh 1 jam(bergantung pada pejabat imigresen di tempat anda). Pasport perlu ada untuk dijadikan bukti kemasukn ke Thailand di makhamah syariah nnt. Selain itu, Pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla memerlukan pasport untuk disahkn kehadiran anda di sana.
  • Kad pengenalan

    Kad Pengenalan akan diperlukan oleh jurunukah dan pihak Kosulat Malaysia.

  • Sijil Cerai
Jika perlu/berkenaan - nota kaki: pihak perempuan haruslah membawa sijil cerai untuk menyenangkan proses pendaftaran di Malaysia.

  • Sijil Mati
Bagi balu yang ingin berkahwin

  • Surat Izin Wali
Jika ada

  • Dinasihatkan membawa kamera/perakam video untuk merakamkan proses akad nikah. Ini boleh dijadikan bukti semasa proses pendaftaran di Malaysia nnt. Sila berpakaian yang sewajarnya (sopan) semasa akad nikah dilangsungkan. Tempat persalinan disediakan.


Dimana kah tempat yang paling selamat di Thailand...

Ramai org dh tau, bnyk tempat di thailand menawarkan pernikahan utk pasangan dr malaysia yg mempunyai masalah..antaranya di YALA, NARATIWAT, SONGKA..tp AWAS!!!!...jgn tertipu...Hanya satu tempat shaje yg menawarkn pernikahan yang sah untuk pasangan Malaysia

SONGKLA!!!!!

Hanya pernikahan di Songkla shje yg diiktiraf statusnya oleh undang2 Malaysia...

Berkahwin Di Siam (Thailand)

Ramai yang bertanya, apakah hukum berkahwin di sempadan? So, mari kita tengok jawapnnya..

Kahwin lari Di Selatan Thailand

Soalan : Apakah hukum ‘kahwin lari’ di Selatan Thailand?

Jawapan : Hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat

a) Pernikahan itu mengikut rukun nikah

b) Pernikahan itu melebihi dua marhalah

c) Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin

d) Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana dia ditauliahkan sebagai wali hakim.

RUJUKAN : Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 52 Bertarikh 1 Julai 2002

Akad Nikah

Assalamualaikum....blog nie dibuat khas untuk pasangan yang mneghadapi masalah dalam mendirikan rumah tangga..Mari kita fahami apa itu akad nikah & rukunnya..

Akad nikah (dari bahasa Arab 'aqd = عقد) atau ijab qabul merupakan ikrar pernikahan. Yang dimaksud dengan akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali atau diwakilkan kepada seorang jurunikah.

Rukun nikah

[sunting]Syarat ijab

  • Pernikahan nikah hendaklah tepat
  • Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
  • Diucapkan oleh wali atau wakilnya
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah
  • Tidak secara taklik

[sunting]Syarat qabul

  • Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
  • Tiada perkataan sindiran
  • Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
  • Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah
  • Tidak secara taklik
  • Menyebut nama bakal isteri
  • Tidak diselangi dengan perkataan lain.